Budak Rakyat
tIdak HanyA melIhat permUKAan,tP aKu cUBa mElihaT daSAr. diSIni,aKu meMbenaRkn iMaginaSi beRkembang dAn mEncipta sESuatu yanG rEAlistik daN tErbuka. [pENGembarAAn tOTal bERmUlA DEngan kHAyalAN yANg bEBas]
Monday, June 20, 2011
Menjadi Seseorang
Dalam jendela kehidupan,aku menjadi engsel. Dalam lebuh perjalanan hidup,aku menjadi papan tanda. Dalam hidup,ada masa dimana kita dilupakan sedangkan pada masa2 yang tertentu, sebenarnya kita menjadi pemangkin,kita menjadi penyangga dan kita menjadi pengingat. Namun tekadang,dalam hidup, dalam perjalanan,kita akan dilupakan dan dianggap tidak diperlukan. Dalam hidup,ramai orang yang kan berlalu pergi. Ramail orang yang akan meninggalkan tanda dalam hidup, dalam hati. Tapi berapa ramai yang sanggup meninggalkan ukiran persahabatan. Tak lebih dari sekadar melalui jalan dan menyapa "Hai". Sahabat sukar dicari. Tapi kenalan tak perlu dicari kerana mereka hanya sekumpulan manusia yang hanya melalui tempat tersebut. SIapa aku? AKu hanya manusia yang ditakdirkan wujud dalam hidup yang selari dengan garis titik buta manusia- manusia lain ~ Kehadiran yang sangat2 tidak disedari
Manusia umpama model yang dicipta beserta dengan kehebatan melalui versi yang berbeza. Adalah menjadi tugas manusia untuk mencari kehebatan masing. Untuk apa? BUkan untuk kebanggaan diri. Tapi sebagai tanda aras bagi tiap manusia untuk tidak dipijak atau diperkotak katikkan. Juga sebagai azimat untuk meneruskan hidup yang sangat bermacam-macam. Dan aku? Aku masih lagi mencari versi kehebatan sendiri.. Dan masih mencari. Dan dalam perjalan untuk mencari makna dan versi kehebatan sendiri, terkadang akan terserempak dengan kenalan yang sangat2 ramai. Jarang untuk bertemu sahabat.
Ya,ini adalah kehidupan :)
Sunday, October 18, 2009
Lelaki Kuat
Petikan daripada Harian Metro ; Ucapan Dr Ismail Thamby~ Sedikit sebanyak mengenai lelaki..... [Nak admit atau tan nak?]
=======================================================
1.Dianggarkan kira-kira lima hingga enam juta lelaki berusia 40 tahun di negara ini terdedah untuk mengambil ‘ubat kuat’ berikutan mengalami tahap keghairahan seks yang semakin menurun.
2.“Banyak faktor menjadi pendorong kepada penurunan ghairah seks lelaki berusia 40 tahun, termasuk kurang melakukan aktiviti fizikal, kerap tidur, makan dan merokok sehingga menghadapi penurunan hormon ketara.
3.“Cabaran ‘endropose’, apabila penurunan hormon testeron berlaku pada awal 40-an dan keadaan itu menyebabkan mereka mengalami keletihan, kelesuan, perasaan muram, beremosi, tidak mudah terangsang dan kurang berminat kepada hubungan seks,”
4.Pada masa sama golongan lelaki juga diminta mengelak mengambil peria dan lada hitam kerana kajian membuktikan bahan makanan terbabit mampu mengancam dan mengurangkan kesuburan lelaki.

Subscribe to:
Posts (Atom)