Nenek!!! Ada apa,adik? Dengan lembut nenek menyentuh kepalaku. ' Tadi Che Din baling batu kat adik. Kepala adik berdarah,nek', kataku sambil menangis. Mari sini nenek tengokkan.
Eh..Tak berdarah pun? Bengkak aje ni..Nenek gosok ye. " Tapi adik nk nenek balut. Nanti luka camne? Sakitla nenek. Nak balut!! Nak Balut gak! tak kire,kataku dalam nada merajuk. Haa,yelah,, Nanti nenek balut,ye sayang.Dah,jangan nangis.Budak lelaki tak leh nangis. Lepas ni pergi mandi,makan.Pas makan tido.Petang nanti ibu nak datang jemput adik balik. 'Tapi adik ta nak balik. Adik nak duduk dengan nenek. Nanti takde orang nak tamankan adik pergi tandas malam-malam.Adik takut.Aku mula menangis...
Aku amat menyayangi nenek. Dari kecil,nenek yang menjaga aku,memanjakan aku. NEnek selalu membawa aku ke mana sahaja nenek pergi. Nenek selalu ke rumah Makcik Limah,jiran sekampung. Juga emak kepada rakanku, Che Din. Aku dan Che Din sangat rapat. Sama-sama main guli, kadang-kadang bertumbuk. Sama-sama main layang-layang,Main sorok-sorok. Selain kami berdua,Mamat,Ajib,Ijol,dan Abe juga amat rapat. Mamat selalu mengajak aku mandi sungai. Che Din setia menemani aku ke mana-mana sahaja. Begitulah keakraban kami. Cuma Ijol sahaja yang kadang-kadang tidak boleh mengikut kami. 'Mak aku marahlah,Adli'..Itulah alasan yang sering dihafal oleh Ijol..
'Adik!!!! Dah siap ke belum? Abe dah tunggu kat luar tu. Cakap tadi nak pergi mengaji dengan dia kan?'Nenek memanggil aku dari arah dapur arang di belakang rumah.' Adik tengah bersiap-siapla ni,nek. Adik nak ambil barang kejap. Aku menuju ke bangsal untuk mengambil 'sesuatu'. ' ADli,kau dah siapkan ke belum barang penting tu? Tak sabar aku nak tunjuk dekat Mawi. dia ingat dia sorang je boleh buat? Huh! Abe mencebikkan bibir bila sebut nama Mawi. Aku segera menunjukkan lampu tin yang aku buat siang tadi.' Wah,cantiknya lampu tin kau..' 'Hahaha.Tengoklah siapa yang buat.'
No comments:
Post a Comment