Sunday, May 3, 2009

Cebisan Kenangan

JIBAM


"Anak Suman...
Jibam, Jibam!
Dengarlah lagu...
Jibam, Jibam...
Kunyanyikan... hanya untkmu...
Gemuk pendek... mata juling... kepala kecik... macam babi... oh...
Jibam... Jibam..."

====================================================================
Ulasan Aku

Kira kira 4 tahun lepas,aku mengusya satu kedai buku di Parit Raja [selang 2 buah kedai dr Al-Azhar 25 jam] dan aku aku nampak satu novel yang bertajuk JIBAM.Aku belek belek novel ni dan tak tau kenapa aku tertarik dengan sinopsis novel ni.Sangat2 berlainan dengan novel novel tipikal rakyat Malaysia. Dan skang ni,hampir 4 taun aku kehilangan Novel pertama yang aku pernah beli.Isk..Isk...Isk...
Novel ni berkisarkan kehidupan seorang budak yang bernama Jibam dan bagaiman die survive dalam komuniti masyarakat Melayu yang sangat2 berat sebelah.Aku suka ngan novel JIBAM sebab ia berlatarbelakangkan kawasan kampung,spesifiknye kawasan pedalaman. Jibam gak menceritakan psl orang miskin dan situasi sebenar masyarakat kampung dalam menjalani kehidupan seharian.Aku respek ngn penulis buku ni, Saudara UJANG...[Harap2 die akan menghadiahkan aku Novel Jibam :) ]

====================================================================
Sinopsis JIBAM

Jibam tidak pernah menyesali nasib. Jibam juga tidak pernah mempersoalkan takdir. Biar sepanjang hayat akan disulam air mata darah, namun sekalipun Jibam tidak akan pernah menyesal kerana dia adalah wira di medan derita. Cuma kadangkala kehadiran Jibam mengganggu dan mengetuk pintu kerohanian. Membawa bahasa-bahasa Tuhan untuk mereka yang lalai daripada tafsir harfiah kitab-kitab suci. Maka pertempuran nafsu menjadi bertambah sengit hingga mengorbankan Suman si sufi yang tersembunyi. Namun siapa jua yang kasih kepada Jibam akan menemui rahsianya... kerana Jibam bersuara di dalam asyiknya - 'Kalau kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti'

No comments: