Alkisahnya diceritakan suatu waktu dahulu ketika purnama menrbitkan wajah.Arakian disebutlah ceritera terdapat seorang pemuda yang berkelana di sebuah negeri yang jauh di hujung muara.Akan tetapi tidaklah pula pemuda itu sampai ke denai yang tiada penghujung. Disebutlah cerita bahawa pemuda yang diberi gelaran Hang Fadz tiba di satu tempat yang tidaklah pernah dia menjejakkan kakinya di sana.Arakian diceritakan bahawa tatkala pemuda itu sedang rihlah di bawah payungan bebayang pokok ara,ditegurlah pemuda itu oleh suatu susuk yang menawan pada pandangan mata manusia.Salam diberi salam bersambut.Salam diberi ukhuwwah dijalin.Akan tetapi peliklah jua yang dirasakan oleh Hang Fadz kerana tidaklah dia punya saudara mahupun kenalan di tempat nun jauh dari tanah airnya.Maka diceritakan bahawa Hang Fadz bertanyakan siapakah gerangan empunya diri.Maka disambutlah dengan satu tawa kecil.Setelah empunya memperkenalkan diri[nama dirahsiakan],maka berdua2anlah mereka menuju ke suatu kawasan umpama taman bunga dihiasi permata agung yg berkilauan.
"Dari mana punai melayang,
Dari titi turun ke padi,
Dari mana datangnya sayang,
Dari mata turun ke hati"
Namun tidaklah pula Hang Fadz alpa dengan keadaan diri.Yakni dirinya dengan perawan itu tidaklah dapat disatukan melainkan takdirlah yang memutuskan segala.Nun jauh di negeri Che Siti Wan Kembang,setialah puteri Salju menunggu akan kepulangan Hang Fadz.Janji sehidup semati yang dimeterai sejak azali tiadalah mungkin dilupakan.
Maka diceritakanlah bahawa ikatan yang baru disemai tiadalah dipanjangkan melainkan persahabatanlah jua.
No comments:
Post a Comment