Tuesday, February 24, 2009

Dari Shibuya ke Kuito [ Jepun ]

Hari keempat setelah aku dijangkiti demam-demam manja..[Menurut kata Doktor yang merawat,ada infection pada anak tekak sejak 4 hari lalu]..
Hari ini,aku sekadar merehatkan diri di Kolej.Tak buat apa-apa..Malas...

Lebih kurang pukul 12 tghr tadi,aku dikejutkan dgn satu panggilan kecemasan dari Pensyarah,mengatakan "test subject" telah dijumpai "berkeliaran" di depan pintu masuk Universitiku yang tersayang..Aku terpaksa bergegas untuk memastikan test subject tidak terlepas begitu sahaja..Ah!!...Malas...

Dengan kelajuan 80 km/jam,Ex5 aku sampai ke tempat kejadian...Aku dan seorang kawan berjalan kaki ke depan pintu utama..Ah!! Malas...

Test subjek masih utuh berdiri di tepi jalan pintu masuk..
Setelah mendapat persetujuan pekerja2 yang mengawal test subjek,aku telah mengambil beberapa keping foto untuk dijadikan bahan bukti dalam penyiasatan. [ test subjek ni memang sangat2 fotogenik..seyes ckp ko ]
Satu video telah dirakam sebagai bahan bukti tambahan,sebelum diserahkan kpd Pensyarah..

Untuk mendapatkan bukti2 yang sahih lagi relevan,suatu temubual secara tidak langsung telah dijalankan oleh aku.Temubual ini melibatkan beberapa saksi yang berada di sekitar tempat kejadian.Antara soalan- soalan yang telah ditanya :

a) Sudah berapa lama test subjek ini terdampar di tepi pintu masuk?
b) Kenapakan test subjek ini diletakkan di tepi pintu masuk?
c) Siapakah yang bertanggung jawab ke atas test subjek ini?
d) Bagaimana cara untuk mengendalikan test subjek ni?

Jika berkesempatan,temu bual ini akan bersambung pagi esok...Proses pengumpulan bahan bukti berakhir pada pukul 3 petang.
Kami bergegas ke Makmal Pusat Sumber untuk tujuan pemindahan data..Malang sekali,proses tersebut terpaksa dilakukan pada sebelah malam.

Kira -kira pukul 3.30 ptg,aku bergegas pulang.

Dalam perjalanan pulang ke Kolej Kediaman,aku singgah ke kedai berhampiran Perwira untuk membeli makanan "telefon bimbit". Untuk beberapa ketika,aku terpaksa menunggu sambil memerhatikan keadaan sekeliling. Ah! Hari menunjukkan mendung akan berlabuh.Tapi,mungkin pandangan mataku mengaburi hakikat sebenar bahawa bukan mendung yang datang,tetapi hari bakal bertukar menjadi malam..
Aku senang dengan keadaan hari ini..Sore yang amat nyaman disulami dengan tiupan angin yang maha nikmat.. Namun, ketenanganku terganggu apabila seorang wanita yang meluru keluar dari kedai secara tiba-tiba. Bukan wanita itu yang menjadi bahan tontonan,tetapi pahanya yang mulus yang menjadi persoalan.Kenapa dengan paha wanita itu?Bukan niat mataku untuk melihat.Tetapi mungkin kenakalan angin yang bertiup itu lebih nyata dari kenakalan fikiran mudaku sendiri..Tersenyum untuk seketika memikirkan wanita itu..Jadi,buat wanita - wanita di luar sana,jangan sesekali memakai kain yang terbelah hingga ke paha.

Jam menunjukkan angka 4 bakal menyusul..Aku harus segera pulang sementara menunggu ba'da asar..Prof.Madya sedang menunggu untuk melihat perkembangan kerja - kerjaku yang sekian lama tertangguh...

Aku mula memikirkan angin bertiup dan wanita tadi..Rezeki barangkali...

Ah!! Malas...

Friday, February 20, 2009

Balakmu dalam Koma - Times New Romance

KUALA LUMPUR: Berebut seorang gadis dipercayai menjadi punca sekumpulan 24 remaja membelasah seorang pelajar tingkatan empat sehingga koma berhampiran sebuah sekolah menengah di Cheras.

Mangsa cedera teruk di belakang kepala apabila lima lelaki daripada kumpulan itu disyaki memukulnya dengan besi, topi keledar dan pengunci motosikal selain menendang tanpa belas kasihan.

Kumpulan lelaki itu, termasuk beberapa pelajar sekolah itu melarikan diri meninggalkan mangsa berlumuran darah di tempat kejadian.

Dalam kejadian jam 9.30 malam Jumaat lalu, mangsa bersama beberapa rakannya menunggu di depan sekolah berkenaan untuk menyelesaikan masalah dengan seorang remaja lelaki yang dikatakan keluar bersama
teman wanitanya.
======================================================================

Hahahaa...tergelak je aku baca keratan paper nih...Sangat2 kelakar..Yang kelakar bukan wartawan akhbar ni. Yang kelakar adalah "
mangsa dan kuncu2 beliau"....
Ape ni?Pelajar sekolah? Teman wanita? 9.30 mlm? Ape ke heyy nye pelajar sekolah tu buat kt dpn sekolah malam2 buta?

Bukankah sepatutnya pelajar tu berada di rumah menelaah pelajaran?..Atau paling teruk,tgk tv..
jadi,macam mane lak dgn ibu bapa pelajar tu sendiri? Mana tanggungjawab ibu bapa? Pendapat peribadi aku, Ibu bapa sekarang tak sama dgn ibu bapa zaman dulu2..Ibu bapa sekarang lebih suka membiarkan anak mereka lakukan apa-apa yang mereka suka.Alasan,supaya anak-anak tidak melabelkan ibubapa sebagai megongkong.

Serius cakap,aku memang menyampah dengan pelajar-pelajar sekolah zaman sekarang. Mereka dah melampau.Mereka dah tak peduli status sebagai pelajar. Tak sedarkah mereka yang duit mereka ke sekolah,ibu bapa yang bagi? Dengan duit tu juga mereka gunakan untuk belanja kekasih hati..Come on lah...Kamu masih pelajar.Duit sendiri pn tak mampu cari.Kamu masih mentah..Sementah - mentah manusia untuk bercinta.Jangan berlagak seperti kamu orang dewasa.Tolong pandang bumi yang dipijak.Jangan memandang langit yang terbentang luas.Langit itu bukan milik kamu buat masa ni..

Jangan gunakan alasan dunia sudah berubah, atau zaman sekarang tak macam zaman dulu2..
Ah..Crap!! Damn..@&!*@
Kamu tak layak..Tolong lah renung balik..Untuk apa ke sekolah?Kenapa ibu bapa susah payah menghantar ke sekolah?Adakah untuk berCHENTA?Cess..Crap..Crap!!

Aku akui,dulu aku pernah bercinta [sebernarnya lebih kepada suka] dgn seorang budak perempuan. Memang.Tapi,untuk bertemu janji jauh sekali.Untuk bergayut 2,3 jam jauh sekali. Mak aku pernah berpesan, kau nk bercinta ke apa ke,pentingkan pelajaran kamu dulu. Dan aku dah buktikan kt mak aku. Aku hanya berani mengajak dia bertemu janji setelah aku habis belajar,setelah aku ada duit poket sendiri,setelah aku mampu bagi sebahagian duit poket kt mak aku.

Kalau kamu,wahai pelajar- pelajar sekolah, ingin bercinta,jangan guna hasil titik peluh ibu bapa kamu. Jangan hidup dalam khayalan. Jangan berlagak. Kamu dayus jika mahu bercinta tetapi menharapkan duit dari orang lain. Jangan sekadar menjadi anak ayam yang hanya berani bertarung dengan imaginasi sendiri..Be realistic!!!


Saturday, February 14, 2009

Kerana Hoberd

Hari ni,Jumaat 13 Februari 2009, aku berjaya menghabiskan minggu yang sangat2 sibuk dan stress ni dgn senyuman ala kadar dan emosi yg kacau..
Huuu..Tak tau la knp.Tp yg pasti, perasaan gumbira dan emo bercampur baur.. Kenapa aku emo? Aku xdtg bulan pun..Ntahlah..Aku sndr tak pasti..
Aku gembira sebab Test 1 subjek Pengurusan Kewangan Projek telah berakhir..Minggu ni aku dah melalui 3 test yg sangat2 mencabar kerajinan seorang pemalas cam aku ni..Huuu...
Dan esok,aku akan berangkat ke kota Shah Alam..Untuk berjumpa buah ati "pengaran" jantung..Kenapa aku panggil die pengaran? Haha..Sebab die salu wt aku shock macam kene karan..[ Tp aku mmg "syok" kt die pn]

Sebenarnya, aku tak tau knp die nk sgt2 jmpe aku..Padahal,3 minggu lepas aku da trun Shah Alam. Kali ni die support aku 100%..So,aku xde alasan tak nak jmpe die..Hehehe...Drp duit tiket,sampai la duit untuk huha-huha[tgk wayang,mkn2,jln2]

Sebenarnya aku ade satu prinsip yang aku pegang dari dulu..Dari mula2 aku kapel ngn die..Prinsip aku satu je,xnk bagi die kuarkan duit time kitorg dating..

Aku ade satu kisah..masa mula2 kitorg kenal dulu2..Sehari lepas abis SPM,aku keje part time kt stesen minyak,Petronas Padang Tembak..
masa mula2 dapat gaji,aku bagi separuh kt mak aku..Then,half of my salary goes to the many crap stuffs..Aku beli kaset various artis, "Best Giler"[kaset pertama yang aku beli dgn duit sendiri]..Then,aku beli kasut yang menjadi kegilaan budak2 gila mcm aku..kasut Hoberd..Huhuhu...[Kasut pertama yg aku beli dgn duit gaji pertama]..
Yang baki duit gaji tu,aku guna untuk.....Ehem2...

Sehari sebelum aku dpt gaji,aku dgn gentleman lg macho,telah mengajak awek aku dating..[1st date kitorg]

Then,hari yg dijanjikan,kitorg pn jmpe kt tgh2 bandar Newcastle..Aku ngn T-shirt kuning n die pn ngn long sleeves kuning..Satu coincidence yg mmg tak dirancang..
Oleh kerana ni kali pertama aku kuar dgn pompuan,jd memang ralat sgt2..Neves,malu2 kucing,berdebar debar...Macam2 perasaan aku time tu..

Kitorg memilih Kyros Kebab sbg tempat dating..
Sebenarnya bkn pe..Sbb kt situ lah fast food restaurant yang aku salu pergi time aku outing masa blaja kt sekolah asrama dulu2..

Berbalik kpd scene dating....Then,kitorg pn order 2 set kebab daging[kalau xclap]..Masa nk bayar tu........

Lalalaaaaa....Lalalalaa.....Lululululu....Trrrrrrr..........

" Awak.leh tak awak bagi saya pinjam 5 ringgit? Saya xcukup duit nk bayar........"

Memang...Memang aku akan ingat sampai bila2 tragedi malang nih...Memang xmacho n xcool sangat2..
Aku short 5 ringgit..Then terpaksa pinjam duit dgn awek aku..
Pinjam duit dgn awek masa 1st date..Isk..isk..isk..
Rasa2 macam nk menyorok dlm almari je bile cashier tu senyum2 kt aku..

Tu laa..sapa suruh awk boros,En Zul..Beli kaset la,kasut la..Pe daa..Kan dah termalu dpn awek..

Bermula daripada tragedi yang mengguris ke"macho"an aku tu,aku janji ngn dr sendiri,kalo nk dating,pastikan wallet anda sentiasa sihat..


Tapi,prinsip tu xlama pn aku pegang.Sebab pe?Sebab my best buddy pernah bgtau,kalo ko xde duit nk dating tp awek nk support,just accept it..Trime je..Kite ni still student lg..Ape salahnye...

Hahahaha..betul gak tu...So,skang ni,aku btol2 apply nasihat mmber aku tu...Arini aku nk trun Shah Alam n date ngn die utk kali yg ke berapa puluh kali ntah....Dan yang pasti,die yg support..Heh!!!!

Dan kebetulan arini 14 Februari...Kenapa dgn tarikh tu?
Hmm...Bagi aku,xde maknenyee....Xde yg menarik kecuali peristiwa pembunuhan org Islam dlm peristiwa 14 Februari yang wat aku fikir balik jatuh bangun umat Islam pd zaman ni...

Chiau...Tdo awal mlm ni sbb sok nk bgun pagi[sesuatu yang sangat2 aku anti dan susah nk amalkn]