Tuesday, February 24, 2009

Dari Shibuya ke Kuito [ Jepun ]

Hari keempat setelah aku dijangkiti demam-demam manja..[Menurut kata Doktor yang merawat,ada infection pada anak tekak sejak 4 hari lalu]..
Hari ini,aku sekadar merehatkan diri di Kolej.Tak buat apa-apa..Malas...

Lebih kurang pukul 12 tghr tadi,aku dikejutkan dgn satu panggilan kecemasan dari Pensyarah,mengatakan "test subject" telah dijumpai "berkeliaran" di depan pintu masuk Universitiku yang tersayang..Aku terpaksa bergegas untuk memastikan test subject tidak terlepas begitu sahaja..Ah!!...Malas...

Dengan kelajuan 80 km/jam,Ex5 aku sampai ke tempat kejadian...Aku dan seorang kawan berjalan kaki ke depan pintu utama..Ah!! Malas...

Test subjek masih utuh berdiri di tepi jalan pintu masuk..
Setelah mendapat persetujuan pekerja2 yang mengawal test subjek,aku telah mengambil beberapa keping foto untuk dijadikan bahan bukti dalam penyiasatan. [ test subjek ni memang sangat2 fotogenik..seyes ckp ko ]
Satu video telah dirakam sebagai bahan bukti tambahan,sebelum diserahkan kpd Pensyarah..

Untuk mendapatkan bukti2 yang sahih lagi relevan,suatu temubual secara tidak langsung telah dijalankan oleh aku.Temubual ini melibatkan beberapa saksi yang berada di sekitar tempat kejadian.Antara soalan- soalan yang telah ditanya :

a) Sudah berapa lama test subjek ini terdampar di tepi pintu masuk?
b) Kenapakan test subjek ini diletakkan di tepi pintu masuk?
c) Siapakah yang bertanggung jawab ke atas test subjek ini?
d) Bagaimana cara untuk mengendalikan test subjek ni?

Jika berkesempatan,temu bual ini akan bersambung pagi esok...Proses pengumpulan bahan bukti berakhir pada pukul 3 petang.
Kami bergegas ke Makmal Pusat Sumber untuk tujuan pemindahan data..Malang sekali,proses tersebut terpaksa dilakukan pada sebelah malam.

Kira -kira pukul 3.30 ptg,aku bergegas pulang.

Dalam perjalanan pulang ke Kolej Kediaman,aku singgah ke kedai berhampiran Perwira untuk membeli makanan "telefon bimbit". Untuk beberapa ketika,aku terpaksa menunggu sambil memerhatikan keadaan sekeliling. Ah! Hari menunjukkan mendung akan berlabuh.Tapi,mungkin pandangan mataku mengaburi hakikat sebenar bahawa bukan mendung yang datang,tetapi hari bakal bertukar menjadi malam..
Aku senang dengan keadaan hari ini..Sore yang amat nyaman disulami dengan tiupan angin yang maha nikmat.. Namun, ketenanganku terganggu apabila seorang wanita yang meluru keluar dari kedai secara tiba-tiba. Bukan wanita itu yang menjadi bahan tontonan,tetapi pahanya yang mulus yang menjadi persoalan.Kenapa dengan paha wanita itu?Bukan niat mataku untuk melihat.Tetapi mungkin kenakalan angin yang bertiup itu lebih nyata dari kenakalan fikiran mudaku sendiri..Tersenyum untuk seketika memikirkan wanita itu..Jadi,buat wanita - wanita di luar sana,jangan sesekali memakai kain yang terbelah hingga ke paha.

Jam menunjukkan angka 4 bakal menyusul..Aku harus segera pulang sementara menunggu ba'da asar..Prof.Madya sedang menunggu untuk melihat perkembangan kerja - kerjaku yang sekian lama tertangguh...

Aku mula memikirkan angin bertiup dan wanita tadi..Rezeki barangkali...

Ah!! Malas...

9 comments:

Benrauf said...

dan kerana korang mengambil video aku dan kedua2 batterinya yang tidak dicas. maka aku tidak dapat membuat kerja hidup mati aku hari ini. sesungguhnya kalian berhutang sepinggan nasi ayam dengan aku.

sKywAlkeR said...

Ehh..apa plak Ben..Aku da cas laa..Seyes nih..Lho...Lepak aa bro Ben..Hehe..Xsengaja tu..Papehalpn,grup projek kte da siap kn3?

Aurora said...

sblm tu... gatal miang punya sky.. sempat lagi menjamu mata dia dgn meratah ... wanita itu.. hahahaha

next.. wah!!! ada pic aurora.. hehe cantik kan aurora

sKywAlkeR said...

to aurora: Eh..asal saya yg miang lak?pompuan tu aa yg miang.sbb die yg nk tunjuk..
pndg sekali tu rezeki..pndg dua kali tu dosa..:)
heh!!

In The Nite Garden said...

suspennya nak tau menatang apa utk sky punya test subjeck tu *blur ;p

sKywAlkeR said...

haha..name menatang tu HDD..:)
hehe

Benrauf said...

HDD = Head Diabolic Disease
(Rasukan Setan pada Otak)

merujuk kepada masalah yang dialami oleh encik fadz apabila melihat peha perempuan tu. haha. :D :D :D

sKywAlkeR said...

cess..aku bkn stalker n aku xberminat ngn paha murahan cmtu..haha

Pantherra said...

hahaha...