Tuesday, March 3, 2009

Kelate

Suatu panggilan suara dari abang aku malam semalam membuatkan aku terfikir suatu perkara..Aku nak balik umah..hehe..Lama sudah aku tak balik ke rumah..Rumah pusaka peninggalan arwah nenek yang kini di diami oleh ibu dan adik perempuanku,sudah lama tidak ku jenguk..Entah bagaimana keadaan sekarang..

Teringat pada suatu hari di mana ibu menelefonku untuk bertanya khabar dan keadaanku.Dan soalan cepumas ibu,

" Bila nak balik kampung?"

Ada nada sayu di sebalik suara mendatar ibu..Aku hanya mampu mengeluh..Bukan niat tak nak balik. Tetapi aku punya alasan sendiri. Aku punya sebab yang membataskan permintaan ibu..
Ibu,saya mintak maaf sebab tak dapat balik kampung.Ibu sendiri tahu kedudukan kewangan anakmu ini.Saya tak mahu menyusahkan ibu.Saya tahu ibu mahu menolong,tetapi saya tahu ibu juga kesempitan. [Dalam hati memang memberontak untuk pulang,tetapi mungkin masanya belum tiba]

Aku teringat satu perbualan antara aku dan seorang kawan senegeri beberapa minggu yang lepas.Aku bertanyakan mengapa dia kerap pulang ke Kelantan,walhal perlu menempuhi suatu perjalanan jauh dan pengorbanan yang agak besar dari segi wang ringgit.Namun persoalan itu segera dicantas dengan satu alasan yang tak mungkin dapat dibahas.

"Aku pulang untuk berjumpa dengan kedua orang tuaku..Berapa sangat wang ringgit jika dibanding dengan jasa meraka"

Tiba- tiba aku terkedu,tidak mampu mengucap walau sepatah kata.Ya,bagaiman dengan aku? Aku mahu pulang [ Haha..Lagu AMUK ]

Panggilan semalam membuatkan aku tidak sabar untuk pulang ke kampung. Abang aku mengajak aku pulang ke kampung.Hari jumaat nanti,setelah aku sampai ke Stesen Bas Puduraya,abang akan menjemputku. Sangat2 terharu.
Ibu.aku mahu pulang.Aku mahu mencium tangan ibu.Aku ingin memeluk ibu.Ibu adalah segala galanya.Aku tidak punya sesiapa.Doakan keselamatan anakmu.

" Jika aku tidak pulang sekarang,aku bimbang mungkin aku tidak berkesempatan untuk bertemu ibu, tidak berkesempatan untuk mencium tangan ibu.Untuk kesekian kali,hatiku tersentuh dengan nama keramat...

"Ibu"


3 comments:

Blogger said...

aku pun da lama x jumpe mak aku. sian aku :p

lavidalabelle said...

oh, selamat balik ke kampung. seronok kan bila balik kmpung *v*

Anonymous said...

woh..
blog aku..