Monday, June 20, 2011

Menjadi Seseorang



Dalam jendela kehidupan,aku menjadi engsel. Dalam lebuh perjalanan hidup,aku menjadi papan tanda. Dalam hidup,ada masa dimana kita dilupakan sedangkan pada masa2 yang tertentu, sebenarnya kita menjadi pemangkin,kita menjadi penyangga dan kita menjadi pengingat. Namun tekadang,dalam hidup, dalam perjalanan,kita akan dilupakan dan dianggap tidak diperlukan. Dalam hidup,ramai orang yang kan berlalu pergi. Ramail orang yang akan meninggalkan tanda dalam hidup, dalam hati. Tapi berapa ramai yang sanggup meninggalkan ukiran persahabatan. Tak lebih dari sekadar melalui jalan dan menyapa "Hai". Sahabat sukar dicari. Tapi kenalan tak perlu dicari kerana mereka hanya sekumpulan manusia yang hanya melalui tempat tersebut. SIapa aku? AKu hanya manusia yang ditakdirkan wujud dalam hidup yang selari dengan garis titik buta manusia- manusia lain ~ Kehadiran yang sangat2 tidak disedari


Manusia umpama model yang dicipta beserta dengan kehebatan melalui versi yang berbeza. Adalah menjadi tugas manusia untuk mencari kehebatan masing. Untuk apa? BUkan untuk kebanggaan diri. Tapi sebagai tanda aras bagi tiap manusia untuk tidak dipijak atau diperkotak katikkan. Juga sebagai azimat untuk meneruskan hidup yang sangat bermacam-macam. Dan aku? Aku masih lagi mencari versi kehebatan sendiri.. Dan masih mencari. Dan dalam perjalan untuk mencari makna dan versi kehebatan sendiri, terkadang akan terserempak dengan kenalan yang sangat2 ramai. Jarang untuk bertemu sahabat.

Ya,ini adalah kehidupan :)

Sunday, October 18, 2009

Lelaki Kuat

Petikan daripada Harian Metro ; Ucapan Dr Ismail Thamby~ Sedikit sebanyak mengenai lelaki..... [Nak admit atau tan nak?]

=======================================================

1.Dianggarkan kira-kira lima hingga enam juta lelaki berusia 40 tahun di negara ini terdedah untuk mengambil ‘ubat kuat’ berikutan mengalami tahap keghairahan seks yang semakin menurun.

2.“Banyak faktor menjadi pendorong kepada penurunan ghairah seks lelaki berusia 40 tahun, termasuk kurang melakukan aktiviti fizikal, kerap tidur, makan dan merokok sehingga menghadapi penurunan hormon ketara.

3.“Cabaran ‘endropose’, apabila penurunan hormon testeron berlaku pada awal 40-an dan keadaan itu menyebabkan mereka mengalami keletihan, kelesuan, perasaan muram, beremosi, tidak mudah terangsang dan kurang berminat kepada hubungan seks,”

4.Pada masa sama golongan lelaki juga diminta mengelak mengambil peria dan lada hitam kerana kajian membuktikan bahan makanan terbabit mampu mengancam dan mengurangkan kesuburan lelaki.

Oh kome,derian dah berbunge...


Ketika sedang asyik layan Youtube,aku agak tertarik dengan satu video yang memaparkan Orang-orang dari Barat yang cuba untuk merasai pengalaman makan durian. Dan video-video tu berjaya buat aku tergelak dan pelik dengan penerimaan masyarakat Barat mengenai durian.

"As Angry Bob said,it smells like ass"

~Ayat yang paling aku takleh blah..Hahaaa...

Kebanyakan dari koleksi-koleksi video tu menunjukkan masyarakat Barat tidak menggemari buah durian ni ; walaupun bagi aku,that's my fav...

Video-video yang aku lihat adalah bagaimana orang-orang Barat ni merakamkan pengalaman pertama mereka makan buah durian. Dua perkara yang pada aku sangat-sangat kelakar ; walaupun bukan salah mereka kerana di sana tiada pokok durian yang di tanam.

1. Mereka samakan durian dengan pelbagai jenis buah, seperti pisang,kelapa, dll. Kebanyakan bersetuju yang durian mempunyai bau seakan-akan bawang.. Hahaa..

2.Cara mereka mengopek buah durian. Mungkin mereka menganggap yang cara untuk mengopek durian tu sama dengan buah-buah yang lain.
p/s: Aku pon baru belajar kopek buah durian ni dalam 5 bulan yang lepas.[Hahaa]

Kampung aku terletak di Perak,specifically di dalam kawasan Taiping. Di sana, aku mempunyai sedara yang punya kebun durian yang agak besar. Sesekali,aku mengunjungi mereka dan akan ke kebun durian untuk mengkibau seguni besar durian. Dan, aku akan makan sampai aku tak rasa bau durian atau ngn kata lain, bila aku da sebati ngn bau durian..[Hahaha lg sekali]

Sedikit petikan dari laman sesawang [http://neohumanism.org/d/du/durian.html]


The durian is a type of tropical fruit predominantly found in Southeast Asia. The fruit is green to brown, oblong to round, prickly with strong sharp thorns and emits a strong, distinctive smell, that for some people is offensive-smelling.

The durian is native to Indonesia, Malaysia, and Brunei, although it can grow in any similar climate. The center of ecologic diversity for durian is the island of Borneo. Thailand is a major exporter of durians. Other places where durian is grown include Mindanao in the Philippines, Queensland in Australia, Cambodia, Laos, Vietnam, India, and Sri Lanka.

Because the fruit's odour is offensive to some people, it is forbidden to bring durians as hand luggage on to aircraft belonging to some airlines. They are also forbidden on the Singapore public transit system.

Many people regard the durian to be a very tasty fruit; it is often called the "king of fruits" by locals. Some Westerners have described the fruit as "like eating custard in a public lavatory". The mild-tasting, large seeds can be roasted and eaten.

The durian tree grows up to 40 metres in height and durians can hang from any branches, and a typical durian can weigh 1-2 kg, so a durian plantation during durian season is hardhat territory. A durian falling on a person's head can cause serious injuries.

The scientific name for the durian of commerce is Durio zibethinus. Other edible durian species are sometimes available in the local markets of Southeast Asia. The scientific name of other species are Durio kutejensis, Durio oxlevanus, Durio graveolens, and Durio dulcis.

There are many clones of the durian, all having a name starting with D and a number. For example, some popular clones are D24, D99, D158 and D159 (this is the 'Mon Thong' variety).

In the Philippines, the center of durian production is Davao Region in Mindanao. The Kadayawan festival is an annual celebration featuring the durian in Davao City.

Saturday, October 17, 2009

Titik

Sesetengah manusia mampu hidup tanpa teman. Sesetengah manusia tak memerlukan teman ; rela hidup berseorangan. Mereka punya dunia yang diisi oleh diri sendiri.Mereka mampu untuk mencipta khayalan maupun ilusi mereka sendiri.Dengan cara itu,mereka mampu untuk melayar hidup.Namun mereka tetap khilaf dari segi "Usia minda", kerana hanya berkomunikasi dengan jasad dan minda sendiri.Tak mampu untuk berbicara melebihi batas seorang manusia.

Berlainan dengan golongan manusia yang memerlukan teman.Bagi mereka,teman itu menerangi hidup,menwarnai hidup,dan menghargai hidup. Tanpa teman,mereka umpama kura-kura yang merangkak; besendirian menuju ke hadapan dibantu dengan kegelapan malam. Tanpa dapat melihat,tanpa dapat menjangka arah,tempoh, dan destinasi perjalanan~sunyi yang amat. Teman itu amat berharga,punya nilai dan perlu dibayar dengan nilai persahabatan.Ya,nilai seorang teman adalah persahabatan. Satu perkataan yang menggambarkan keseluruhan segi...
Teman adalah peneman bicara, pencetus ketawa, dan mengisi nilai hidup..

Aku? Aku pernah berada dalam golongan pertama ; dan berjaya menjadi golongan kedua. Pernah punya dunia yang dirajai dan dihambakan oleh diri sendiri.Dunia yang dangkal ; punya sempadan yang sangat-sangat sempit dan terbatas. Sangat-sangat menyeksakan. Jiwa seakan meronta-ronta untuk menuju ke depan; walaupun ketika itu jalan yang di tuju adalah gelap dan tak punya arah. aku berjaya menghabiskan perjalanan yang sangat-sangat gelap apabila menemui satu ruang yang diwarnai dengan pelbagai cahaya dan perasaan. Aku gembira dengan dunia yang baru kutemui ; mengharapkan agar dunia ku yang dahulu terus luput dari ingatan. Aku mau lupakan segala yang ku lalui, walaupun di sana tempat aku berasal.

Dan...Kondisi yang kulalui sekarang seakan-akan mencerminkan diriku yang dulu ; seakan-akan menarik jasad ke dalam duniaku yang dulu. Aku tak pernah mengimpikan duniaku yang lalu. Aku hanya mau kehidupan yang sekarang. Setiap kali "Dunia" itu datang menjemput,aku seolah-olah kehilangan sebahagian dari rasional..

Dan sekarang,aku merasai yang dunia itu sedang menarik. memujuk, dan memaksaku untuk kembali...

Friday, October 2, 2009

Berus/Beruk Gigi

Pagi [Sebenarnye dah petang] semalam lepas bangun dari tido,aku terus masuk bilik mandi. Lepas termenung,aku menuju ke sinki ; pandang cermin tilik dan merenung dalam-dalam..

"Wahai cermin ajaib,sapakah paling ensem dalam umah ni? "

"Ya tuan! Semestinya tuan lah yang paling hensem lagi kacak"

"Ye..Jawapan tu la yang aku nk dengar. Dan ko wahai cermin,hari-hari nak mengampu aku,ye?"

Senanye bukan tujuan aku tulis entry ni untuk menipu apatah lagi mengKerekkan diri. Tapi hanya nak bagitau satu situasi yang agak kerap berlaku dalam hidup aku. Kerap berlaku bukan bermaksud hari-hari,tapi ade la dalam sekali dalam sebulan. Situasi ni adalah bila aku terlupa step-step mase aku nak memberus gigi.



Selalunya, ade step yang aku amalkan mase nak memberus gigi. Mungkin cara ni agak salah tapi sebab dah terbiasa,jadi aku teruskan je la. Aku akan mulakan memberus gigi bahagian atas kanan, diikuti ngan atas bahagian kiri, then bawah kiri dan akhir sekali bawah kanan. Langkah-langkah ni akan berulang sampai aku da boring memberus atau bila rasa pedas tu da makin kuat. Sebelum acara memberus ni tamat,aku berus lidah lak.



Langkah memberus ni aku da amalkan since sekolah lagi. Dengan kata lain,sepatutnya aku da biasa dan sepatutnya tak amik pusing pon. Tapi..............

Dalam sebulan,pasti ade satu hari bila aku terlupa step-step nak berus gigi. Dan bila situasi ni berlaku,selalunya aku akan jadi janggal yang amat dan mood agak swing. Perasaan janggal ni akan berjangkit dengan kehidupan aku lepas tu. Salunya aku akan berfikir yang that day will gimme bad luck dan aku akan berhati-hati . Kadang-kadang,aku jadi tak berani nak bawak moto dan salunya aku akan lepak kt umah je. So,kalau nak g mane-mane,aku akan mintak member yang bawak atau aku tumpang je kete kawan..What the Hoi!!!

Aku buat kesimpulan yang cara memberus yang salah boleh memberi kesan kt life aku..Macam bengong kan3?

Monday, August 3, 2009

Aku kene marah????


Arini setelah berjaya mengumpulkan semangat untuk jumpa Pensyarah Foundation,aku berjaya gak face to face ngan die. Tapi yang malangnye,Lect tu xberani nk masukkan nama aku dalam klas die; ngan alasan aku dah ketinggalan 5 minggu kelas die. Pastu cam biasa,sesi kene marah.. Lepas kene marah,Lect tu soh aku jmpe ngn Timbalan Dekan lak.Mintak tandatangan TD. Ok,fine..Tima kasih Encik Pensyarah..Jasamu tetap ku kenang...

Aku jumpe ngan TD lak..Lepas aku bagi alasan yang paling ikhlas,jujur,dan paling relevan, TD still tak nak bg pelepasan kt aku..Tensen lak gua...Mmg aku tau aku yang salah sbb daftar lewat.Salah aku gak sbb abis Praktikal lewat.Salah aku sbb mggu lepas aku tak sihat,even Dr sendiri yang bg MC kt gua..Ye,memang salah aku..Sebab tu la aku nk mntk pelepasan...Pe laa...

Last-last...Aku kne jumpa ngn Dekan lak...Ok,fine..Moh le kite...
Lepas Timbalan Dekan tu explen kt Dekan, dengan mudahnye Dekan ckp.....

"Boleh...Boleh je...Sebab pelajar ni mengulang.Die pnah amik subjek ni.Ape de hal die baru nak daftar pon.Lainla die tak penah amik.Kalau die nk wat self learning pon boley... Soal kedatangan tu,tutup mata sudeyy"

Tengokk!!! Tengok!!!Tengok tuan-tuan dan puan-puan!!!!!
Haaa,ni giliran gua lak nk marah2....Dekan rilek je bagi aku dafta..Asal yang lain2 tu susah bebenor nk bagi aku dafta...Ngamok gak kang baru tau...

Moral die: Sebenarnye Orang atasan tak kisah..Yang wat taiknye adalah sistem pengurusan yang tersangat-sangat nk ikut prosedur.Padahal,ade je cara len yang leh memudahkan..

Dah ah..Gua nak pegi anta borang.Jap g nak g jumpe Encik Pensyarah lak...

Woody Fougere

Arini da seminggu aku lepak2 kat Batu Pahat. Arini Isnin minggu lepas,dlm kul 3 pagi,aku sampai Johor dari KL.Hasrat inisial aku adalah untuk daftar subjek then discuss ngan lecturer utk amik klas weekend; sebab aku dapat offer keje kat Melaka. Tapi nk dijadikan cite, petang Isnin tu aku da tak sedap badan.Sakit tekak,seseme dan batuk berkahak2; takleh g mana-mana...Ari Selasa,aku gagahkan diri yang memang dah gagah ni pegi Fakulti untuk daftar subjek.Tapi 'abang bola' tu cakap sistem da tutup.Takleh daftar.Aku kene daftar manual.Ciss..Ari Rabu,aku tak jadi pegi Fakulti.Terpaksa pegi PKU.Emergency case.Gua kne stay kt PKU selama 2 jam+ ; 2 kali dpt NAP pastu Dr kasi ubat soh makan.Ari kamis,aku pegi fakulti,tapi abang bola tu still cakap sistem takleh bukak lagi. Malam tu lak,aku terpaksa berkejaran ke Hospital Batu Pahat ; super emergency case. Rasa cam nak mampos pun ade gak time tu. Pas daftar kt kaunter, adela sorang Misi lawa yang bagi NAP kt aku. 2 kali lak tu.Pastu kne injection kat lengan.Pastu dpt ubat yang sangat2 pelbagai. Huiii...Badan gua da tercemar ngan toksik gamaknye.

Sebenanrnye aku kene stat keje ari Rabu aritu tapi diberi peluang smpai ari Isnin mggu seterusnya [Arini].

Hari Jumaat,aku pegi Fakulti buat kali terakhir.Harap leh daftar subjek dan petang tu leh trus gerak pegi Melaka. Tapi macam biasa,harapan gua hancur...Fikir nye fikir,akhirnye aku terpaksa ler melepaskan offer tu.. 'Haa,stay je la ko kt cni!!!' Kata gua kpd diri sndiri.. Nanti ah aku cari part time kt cni.Senang cite.

Hmm,ntah cmne nk gambarkan perasaan aku time ni.Betol ke tindakan aku tu? Senanye aku ade dua option yang aku da decide mana satu yang nak pilih.Tapi tak tau kenapa tbe2 je aku pilih option yang berlawanan dari pilihan sendiri...Adakah aku ni sengal atau tak cukup tido?Ataupun aku ni sekuntum rumput yang punya minda senipis daun rumput? Hahaha..Ye la kot...

OPTION 1: In case aku tak leh amik klas hjung minggu,aku tak nak daftar subjek lg. Aku nak keje dlu,kumpul duit dan cari pengalaman then baru sambung blaja.Estimate ; Semester depan baru sambung.

OPTION 2: Tolak offer keje tu then daftar subjek.Abiskan dulu mana-mana yang patut then hjung taun ni cube request balik tawaran keje aritu.

Dan......Dan......Aku memilih option yang kedua.Mungkin sebab aku still tak puas ngn life aku kat Batu Pahat.Still nk menghayati perasaan aku kt sini.Banyak kenangan yang aku rasa tak leh lupa. Aku ada kawan yang best [My new hausmet].Aku ada kawan lama yang aku kenal masa part time kt PETRONAS. Aku ada sepupu yang da 10 taun terpisah. Dan yang paling PENTING, aku ade KAWAN BAIK yang tgh blaja kt sini, even aku xberani lg nk jumpa dia..Hahaha...

Mungkin sebab diorang,aku still fikir yang my life's belong here..CEwahh...

Teringat lak ngn statement aku masa darjah 3 dulu-dulu...'The way we use, the good we choose'

Monday, July 13, 2009

MomEnTO aMigos de Prontos


Bile ingat balik,rupa2nya da sebulan aku asik lupa nk post benda alah nih...Huhu...Haha..Hoho
*Thanks for those who are willing to befriend with me...


Thursday, June 25, 2009

Apa yg Beza???

"There are some different between the officers with general workers.The different between both of them can be seen by their post of work. The general workers sell their time for the company while the officers sell their capability for the company. You must alert that you are among the officers that work for this company"


Hoho..Ni adalah antara dialog aku ngn boss arini..Sangat2 bermakna.Nasihat yang sgt2 memberi kesan kt aku utk arini.So,arini aku stay up kjap utk layan blog..Hehe...Arini ofis tutp awal..Kul 3...Da nk blk da...Chau....

Wednesday, June 24, 2009

AKu dan Mereka

Tanggal 18 Mei 2009,aku memulakan pengembaraan ke alam pra pekerjaan..Bermula pada hari tu,aku tau yang kehidupan aku tak macam dulu.Bermalas-malasan di atas tilam,menelaah internet dari pagi hingga pagi yg satu lagi,menggemukkan diri,bla3....

Life aku bermula pd pukul 7.31 pg.,,Mandi,g keje yg terletak lbh krg 15 mnit dr istana aku kt Tmn Hj Mat.Then,kul lima,aku blk umh.Tak pon,aku lepak2 kt KBMall.Takde arah tujuan.,
PAling tak pun,boss aku kt site soh g usya2 keje kt BAchok...Haha...Best gle kt sne..Seyes ckp ko..Leh borak2 ngn mamat2 Indon.Leh blaja byk bnde,even tme tu sgt2 panas...Kalo g Bachok,at least leh g lewat cket...Smpai kt site lbh krg kul 8.30 pg.PAstu lepak2 kt kedai kopi,mnum teh tarik n pekena Suria.PAtu baru stat wt keje...Haisehhh....Mmg best..Kdg2 aku terpikir cm xnk keje kt luar..Nk keje kt Kelantan...Tp,boleh ke?

Haha...Ckup bulan,Ah King bagi gaji....:)

Sunday, May 3, 2009

Siwek,Syahmi,Bruno

Pedamaran Penan




====================================================================
Ulasan Aku

Kalau tak silap.kira2 sembilan taun lepas time aku tgh sedap melayan tido petang,abang aku bawak balik satu novel yang sangat2 tebal.Dan aku usya cover depan.Macam xbest.Aku bce sinopsis.Macam xbest.Aku Belek2 novel ni.Macam xbest.So,aku membuat keputusan untuk bace novel ni[Hehehe].. Dan aku baca berulang ulang kali hingga tamat tempoh pinjam buku.
Then suatu hari ketika aku melepak2 kt library,aku terpandang novel ni kat satu rak.Aku amik novel ni dan baca lagi skali.Hahaha...Aku da gile ke ape bace novel yang sama berulang2 kali.Tapi seingat aku,tu kali pertama aku baca novel dan aku minat novel yang bergenre cmtu.Walaupun da lme berlalu,tapi aku masih lagi simpan dalam kotak fikiran aku yang novel tu adalah novel yang sangat2 best.Kalau xcaya,cuba laa baca.Nanti bg pinjam kt aku...Huah3....

====================================================================
Sinopsis Sebenar

Bruno Manser mendakwa dirinya sebagai King of Penan. Dia telah mempengaruhi suku Penan supaya membina benteng manusia untuk menghalang usaha-usaha pembalakan di Sarawak. Dia juga telah mendalangi kempen memburuk-burukkan Malaysia di Eropah dengan berselindung di sebalik nama Persatuan Pencinta Alam yang beribu pejabat di Zurich, Switzerland. Perbuatan Bruno cuba dihalang oleh Siwek dan Syahmi.Berdasarkan kisah benar.

Cebisan Kenangan

JIBAM


"Anak Suman...
Jibam, Jibam!
Dengarlah lagu...
Jibam, Jibam...
Kunyanyikan... hanya untkmu...
Gemuk pendek... mata juling... kepala kecik... macam babi... oh...
Jibam... Jibam..."

====================================================================
Ulasan Aku

Kira kira 4 tahun lepas,aku mengusya satu kedai buku di Parit Raja [selang 2 buah kedai dr Al-Azhar 25 jam] dan aku aku nampak satu novel yang bertajuk JIBAM.Aku belek belek novel ni dan tak tau kenapa aku tertarik dengan sinopsis novel ni.Sangat2 berlainan dengan novel novel tipikal rakyat Malaysia. Dan skang ni,hampir 4 taun aku kehilangan Novel pertama yang aku pernah beli.Isk..Isk...Isk...
Novel ni berkisarkan kehidupan seorang budak yang bernama Jibam dan bagaiman die survive dalam komuniti masyarakat Melayu yang sangat2 berat sebelah.Aku suka ngan novel JIBAM sebab ia berlatarbelakangkan kawasan kampung,spesifiknye kawasan pedalaman. Jibam gak menceritakan psl orang miskin dan situasi sebenar masyarakat kampung dalam menjalani kehidupan seharian.Aku respek ngn penulis buku ni, Saudara UJANG...[Harap2 die akan menghadiahkan aku Novel Jibam :) ]

====================================================================
Sinopsis JIBAM

Jibam tidak pernah menyesali nasib. Jibam juga tidak pernah mempersoalkan takdir. Biar sepanjang hayat akan disulam air mata darah, namun sekalipun Jibam tidak akan pernah menyesal kerana dia adalah wira di medan derita. Cuma kadangkala kehadiran Jibam mengganggu dan mengetuk pintu kerohanian. Membawa bahasa-bahasa Tuhan untuk mereka yang lalai daripada tafsir harfiah kitab-kitab suci. Maka pertempuran nafsu menjadi bertambah sengit hingga mengorbankan Suman si sufi yang tersembunyi. Namun siapa jua yang kasih kepada Jibam akan menemui rahsianya... kerana Jibam bersuara di dalam asyiknya - 'Kalau kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti'

Wednesday, April 29, 2009

Ceritera Dari Medan Kilatan Saji

Alkisahnya diceritakan suatu waktu dahulu ketika purnama menrbitkan wajah.Arakian disebutlah ceritera terdapat seorang pemuda yang berkelana di sebuah negeri yang jauh di hujung muara.Akan tetapi tidaklah pula pemuda itu sampai ke denai yang tiada penghujung. Disebutlah cerita bahawa pemuda yang diberi gelaran Hang Fadz tiba di satu tempat yang tidaklah pernah dia menjejakkan kakinya di sana.Arakian diceritakan bahawa tatkala pemuda itu sedang rihlah di bawah payungan bebayang pokok ara,ditegurlah pemuda itu oleh suatu susuk yang menawan pada pandangan mata manusia.Salam diberi salam bersambut.Salam diberi ukhuwwah dijalin.Akan tetapi peliklah jua yang dirasakan oleh Hang Fadz kerana tidaklah dia punya saudara mahupun kenalan di tempat nun jauh dari tanah airnya.Maka diceritakan bahawa Hang Fadz bertanyakan siapakah gerangan empunya diri.Maka disambutlah dengan satu tawa kecil.Setelah empunya memperkenalkan diri[nama dirahsiakan],maka berdua2anlah mereka menuju ke suatu kawasan umpama taman bunga dihiasi permata agung yg berkilauan.

"Dari mana punai melayang,
Dari titi turun ke padi,
Dari mana datangnya sayang,
Dari mata turun ke hati"

Namun tidaklah pula Hang Fadz alpa dengan keadaan diri.Yakni dirinya dengan perawan itu tidaklah dapat disatukan melainkan takdirlah yang memutuskan segala.Nun jauh di negeri Che Siti Wan Kembang,setialah puteri Salju menunggu akan kepulangan Hang Fadz.Janji sehidup semati yang dimeterai sejak azali tiadalah mungkin dilupakan.
Maka diceritakanlah bahawa ikatan yang baru disemai tiadalah dipanjangkan melainkan persahabatanlah jua.

Wednesday, April 22, 2009

Atractosteus Spatula



Wuaaa...Sepanjang2 aku hidup kt dunia ni,xpenah lg jmpe ikan yg cam En.Boya...Sangat2 cool.Ske tengok.Tapi cam seram gak laa..Antara spesis yang agak Gigantic kt Akuarium ni[Kt Shah Alam]

Tuesday, April 14, 2009

Monday, April 13, 2009

Pauh Delima Batu


Suasana pagi hari ahad tak sempat dinikmati sbb pagi aku arini bermula pkul 3 petang..Hahaha..Mlm smlm aku menghabiskan masa dengan Travian dan beberapa "hiburan dunia tanpa sempadan" yang len..Semalam aku teringat yang aku ade satu grup projek yang perlu disiapkan.So,terpaksa laa aku mengadap LT aku smpai kul 3 pagi.Pastu aku baru teringat yang aku kne menDobikan pakaian aku yang da nk tumbuh spora cendawan tu..Huhu...Patutla da sebulan aku xpakai baju Polo ni..Aku xcuci lg upenye....Malas btol gua..

Arini aku xmakan tengahari. Sarapan jauh skali.Mungkin da terbiasa xmakan tengahari kot,jd aku xde laa lapar sangat.Leh la tahan.Dah alang2 petang,baik mkn malam terus nanti. Masa aku nk mandi,aku tbe2 teringat yang mak aku ade kirim buah mangga muda.Aku senanye xdela addict sangat ngn mangga muda.Tapi kalo jarang2 tu,boleh laa..

Mak aku cakap,orang pompuan sangat2 suka makan mangga muda.Tapi katenye lg,die xleh mkn byk2 sebab nanti gigi cepat rosak..

"Oooooo..Ye ke ,Mak?"

Pelajaran yang aku dapat dr die mlm tu,makan benda2 masam ni leh cepatkn gigi rosak.Hmm,secara saintifik,aku xley pikir.Mungkin sebab mangga muda ni berasid kot.
Mak ckp kalo mangga muda cicah ngn kicap ngn gula memang layaaaannnn....Aku? Aku dengar je la sambil terbayang2.Hakikatnye,aku xleh feel perasaan tu...Haha...
Aku kupas mangga yang satu tu dan try nk feeling..

Emmmmmmmmmmmmmmmmmmm.................................???

Sekadar makan mangga muda yang masam.Tu je laa pendapat aku..Huhu..[Xley blah sial.haha]
Kesimpulannye,semalam aku bersarapan dengan mangga muda pada pukul 7.00 petang..Damn...Patutla arini perut gua memulas...

"Sedap ke mangga muda?"

Sunday, April 12, 2009

I am Edward Elric

Edward & Alphonse dah kembali!!! Hua3....Ni 1st time aku tulis review pasal anime..Hahaha...[Ko ni leh ke Lee??]
Fullmetal Alchemist.. Antara anime terawal yang aku layan sewaktu mula2 jejak kaki kt Universiti nih..Haha..Anime yang sangat2 menarik bagi aku sebab jalan cerita yang agak memeningkan+suspen sikit2+watak yang cool.
Anime ni byk unsur2 alkimi [Kimia laa lbh kurang-Aku xske subjek nih dlu]

Episod last bagi anime ni menjelaskn yang dua2 orang adik beradik ni terpisah dlm 2 alam yang berlainan.Then si Edward ni naik tren utk pulang ke kampungnye kt Pengkalan Chepa,Kelantan[haha,aku mengarut]..

Tapi papehalpn,aku hrp anime utk 2nd season ni best cm season pertama...Cikidautt!!!!

Wednesday, April 8, 2009

Aku Tak Mandi

Malam semalam membuktikan bahawa aku adalah seorang manusia yang masih mempunyai sikap rajin..[Ko biar btol Lee...Xley blah sial ko jd rajin!!!]

Kenapa aku rajin? Haa,ini yang kite nk tau [Tiru ayat dlm cite Los & Faun]

Kenapa aku rajin? Haa,meh nk cite cket....Aku adalah seseorang yg ske wt keje last minit[Terpaksa admit]..Ari Senin lepas,kul 8.30 mlm,aku ada grup discussion ngn dak2 grup.Then,aku diberi tugas utk dibuat..So,aku pon wt balik tugas tu n peram kt atas meja study [hrp2 leh tumbuh kulat kt atas buku tu] Malam semalam,aku baru teringat yang esok[Arini] kitorg ade meeting kt Cafe Esso. Pukul 2 ptg..Senanye meeting pagi.Tp aku ni jenis yg liat nk bangun pagi[Terpaksa admit lg] so meeting tpaksa dibuat pd sebelah petang.

Tenenenetttt!!! Eh!!Ade orang anta sms laa...Ropa2nya En Teh inform yg esok[Arini] kul 10.30 pg ade meeting utk grup Konkrit..Alalalaaahaiii......

"ok.Deal.Meeting kt mana?"

"Atas pejabat Bendahari"

Daa....terpaksa la bangun pagi..Aku masih lg melayari tenet,layan Travian Server1,server 2, dan Speed Server..Aku amik N-Series [N-Gage] pastu set alarm.Sok pagi kne bangun.. Skang da kul 1 pagi. Tp aku xsiapkn lagi tugas yg dak pompuan soh buat..Huuu..Lepak aa dlu...Kul 2 lbh kalo tak silap,aku baru stat buat..Heh!! U all can count on me maa!!

Kul 3 aku siapkan keje..Gumbira btol....Haha...Mohlaa same2 kite surf tenet..Spt bese,aku bukak tab byk2 .Pastu log in acc FS,Travians,Meebo,bla3....

Damn!!! Tenet xok...Jibann!!! Ok,fine...Tutup trus tenet...Then aku bkk folder Warcraft..Heh!!

Main jap sepam!! Mlm ni cm nk try Rikimaru[Stealth Assasin] ah..Mast layan..

Haa,memang layan laa sgt2..Men sampai kul 4 pagi..

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Tenenenett!!!! Pagi2 lg Mr teh sms aku ckp yg meeting postpone sbb diorg nye Test lambat stat..Huuu....Ah!! Sambung tdo....

Tenenenett!!!! Mr teh sms aku ckp yang meeting kensel sbb xsmpt nk buat...
Ah!! Sambung tdo...

Titititittttttt!!!!!!!! Alarm laa plak bunyik!! Tutup sudeyy..........

Tenenenett!!! Boss sms aku ckp yg meeting petang ni kensel sbb die ade hal...
Ahhh!!!! Bangun ah... >=S

I've begin my day wif some ordinary feeling and lazy-ness habit[Ahh..Tpaksa admit lg]

Wednesday, March 11, 2009

Sort of Show Off ; Guess?

Your view on yourself:

Other people find you very interesting, but you are really hiding your true self. Your friends love you because you are a good listener. They'll probably still love you if you learn to be yourself with them.


The type of girlfriend/boyfriend you are looking for:

You like serious, smart and determined people. You don't judge a book by its cover, so good-looking people aren't necessarily your style. This makes you an attractive person in many people's eyes.


Your readiness to commit to a relationship:

You prefer to get to know a person very well before deciding whether you will commit to the relationship.



The seriousness of your love:

You are very serious about relationships and aren't interested in wasting time with people you don't really like. If you meet the right person, you will fall deeply and beautifully in love.


Your views on education

You may not like to study but you have many practical ideas. You listen to your own instincts and tend to follow your heart, so you will probably end up with an unusual job.


The right job for you:

You have plenty of dream jobs but have little chance of doing any of them if you don't focus on something in particular. You need to choose something and go for it to be happy and achieve success.


How do you view success:

You are confident that you will be successful in your chosen career and nothing will stop you from trying.


What are you most afraid of:

You are afraid of things that you cannot control. Sometimes you show your anger to cover up how you feel.


Who is your true self:

You are mature, reasonable, honest and give good advice. People ask for your comments on all sorts of different issues. Sometimes you might find yourself in a dilemma when trapped with a problem, which your heart rather than your head needs to solve.

Thursday, March 5, 2009

Trafalgar, Clairvoyance,Oblong....



Wednesday report...

Arini life aku cm biasa.. Takde apape yang menarik. Cuma agak bermakna sebab arini banyak peristiwa yang berlaku..
Aku mulakan ari ni dgn bermalas malasan..Terpaksa bangun sbb keadaan bilik yang agak panas.Aku tutup laptop setelah semalaman men Download anime Soul Eater..

Aku kuar rumah dlm pukul 2.30 ptg. Plan nk g Parit raja.Beli tiket, amik duit, dan mengusya kedai buku...

Hahahahahahahahahahhaaa.....

Nasib aku agak baik sbb komik yang ditunggu2 da kuar... One Piece Vol 52 [ even aku da bce dlm tenet,tp still nk bc lg]
Aku ske ngn satu watak villain.Nama kapten kapal tu, The "Death surgeon" Trafalgar Law.. Nama kapten tu diambil sempena nama lanun zaman British abad ke -18,Edward Law..

Petang,aku g klas.Abis je klas, Cik Zare panggil aku.Nk bagi pendrive...Tanks...
Then aku g bilik pensyarah aku utk mntk pelepasan cuti ari jumaat.Then,die reject..Bla3...Crap...@#^$#*(

Mlm td ade klas pengurusan loji..Aku gerak dr umh setengah jam lewat.Dalam perjalanan,ade eksiden dpn mata..Aku ingatkan kawan aku yang kemalangan.Nasib baik bukan..Aku pk bukan2..haha...That's the 6th event for me..Dalam kelas tadi,my Nurse Frenz msj.Katanye ade kemalangan kt depan kolej die..

"Saya da tau la awk"

Huaa...Ngantuk!!! Balik dr klas,aku singgah kt Cik Man Family Burger zz...

Ade sesuatu yang menarik perhatian aku..Burger "Sempoi Oblong"...HuuuuuUu.. WTH is dat?
Menurut sumber2 yang blh dipercayai,Oblong tu best..

Then,aku balik umah dan sambil makan Oblong,aku layan cite Next.. Hero cite tu adalah mamat yang xde sideburn n suke minum martini [ Trademark la kot ] ; Nicholas Cage...

Aku ske cite tu sbb agak simple tapi show...Dan utk kali ke lapan,aku layan blk cite tu.. Sengal ke aku nih? UuuUu....

Kesimpulan untuk arini, aku xde perasaan.Kecuali aku menjadi saksi kepada suatu minor accident,first time makan Oblong, dan layan cite fevret aku...Damn...Bosan btol...
Perasaan ak same cm biasa..Seolah olah berada dalam persekitaran yang sejuk dan gelap tanpa kewujudan makhluk..Berjalan sorg2 dalam lorong gelap,menuju ke depan yang gelap...

Damn..!!